Latar Belakang
Little Cash (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada 13 Jun 2005 dan telah
didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Little Cash (M) Sdn Bhd merupakan syarikat yang menguruskan
rangkaian restoran Ani Sup Utara yang kini telah berjumlah lebih 25 buah
restoran di seluruh Malaysia.
Restoran Ani Sup Utara memulakan operasi pada 01 Julai 2003 di Plaza
Alam Sentral, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tulang belakang perniagaan pada ketika itu adalah pengasasnya sendiri iaitu Allahyarham Encik Hasanuddin bin Ibrahim dan Puan Rohani binti Abu.
Pada awalnya tidak ada cadangan untuk menambah cawangan restoran tetapi melihat kepada penerimaan pelanggan yang terlalu hebat, Encik Hasanuddin mencadangkan pada ketika itu untuk menambah cawangan dan menanam wawasan untuk membina satu rangkaian restoran melayu yang terbesar di Malaysia.
Melihat kepada prestasi syarikat yang semakin baik, Allahyarham Encik Hasanuddin telah mengambil keputusan untuk meletakkan Little Cash (M) Sdn Bhd sebagai syarikat pengurusan rangkaian restoran ini. Bermula dengan hanya sebuah pejabat kecil dan dapur yang kecil di restoran, kini Little Cash (M) Sdn Bhd mempunyai sebuah Pejabat Urusan dan Dapur Pusat yang berasingan daripada restoran yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam.
Sehingga hari ini, permintaan para usahawan daripada dalam dan luar negara untuk menjadi francais adalah amat tinggi. Dengan maklumat dan bantuan yang diperolehi daripada pihak Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengenai francais, kini Little Cash (M) Sdn Bhd berminat dan berusaha untuk menjadikan program francais Ani Sup Utara sebagai satu realiti.
Little Cash (M) Sdn Bhd mensasarkan untuk membuka sebanyak 100 buah restoran di seluruh Malaysia pada tahun 2014. Dengan sasaran yang sedemikian, Little Cash (M) Sdn Bhd telah mengemaskinikan struktur organisasi yang mantap supaya ianya menjadi kenyataan.
______"INGAT SUP, INGAT ANI SUP UTARA"

Menjadi di antara syarikat yang terbaik di asia dalam industri makanan dan minuman dan teknologi HALAL.
Menjadi di antara syarikat yang menyediakan produk makanan dan minuman yang SUCI, BERSIH dan HALAL serta berkhasiat untuk melahirkan generasi masyarakat mempunyai peradaban dan berakhlak tinggi. |