Lembaga Pengarah

Lembaga pengarah syarikat terdiri daripada pengasas Ani Sup Utara dan dua orang berpengalaman dalam industri makanan dan perniagaan Ani Sup Utara. Di bawah penyeliaan lembaga pengarah ini, syarikat telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan memiliki lebih 31 cawangan restoran di Malaysia.

 

   Pengarah Urusan

Nama                                  :         Hasanuddin Bin Ibrahim
Tarikh Lahir                        :         04 Januari 1964
Pengalaman Berniaga    :         29 tahun

Pengalaman                      :       7 tahun

  • Pengalaman sebagai peniaga kacang rebus di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Menjadi pelopor kepada perniagaan kacang rebus di Sarawak pada tahun 1980an.
  • Pengalaman sebagai peniaga belon di Semenanjung dan Sabah.
  • Menjadi pelopor kepada perniagaan dadih secara besar- besaran di kawasan Utara dan selatan semenanjung (Batu Pahat, Johor)
  • Peniaga di pasar malam - pasar malam serata Lembah Klang dengan produk kacang rebus secara besar-besaran.
  • Salah seorang peniaga bumiputera yang berjaya dalam perniagaan ekspo mega seperti di Bukit Jalil pada tahun 2002 dan 2003 membawa produk kacang rebus, air dan sup utara.
  • Pelopor bersama kepada perniagaan Ani Sup Utara bermula di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
  • Dilantik menjadi Penasihat syarikat pada 2005 untuk menasihati pengurusan dan pentadbiran dalam operasi khasnya.
  • Dilantik menjadi Pengarah Urusan Little Cash (M) Sdn Bhd pada tahun 2007 untuk menguatkan pentadbiran dan operasi syarikat sehingga hari ini.
  • Menjadi tulang belakang dalam semua urusan dan operasi syarikat.

 

 

 



 






   Pengarah I

Nama                                  :         Shahrul Erwan Bin Samsudin
Tarikh Lahir                       :         22 September 1986
Pengalaman Berniaga    :         5 tahun

Pengalaman diri:

  • Tamat sekolah pada tahun 2003 di Alor Star, Kedah.
  • Mengikuti perniagaan keluarga sejak tahun 1992 sebagai pembekal dan pengedar barang asas niaga kiosk burger yang terbesar di wilayah Utara.
  • Menceburi bidang restoran pada tahun 2003 sebagai pelayan sehingga menjadi pengurus restoran Ani Sup Utara.
  • Dilantik menjadi pengarah kepada syrikat Little Cash (M) Sdn Bhd pada 2005 untuk memberi nafas baru kepada perniagaan restoran Ani Sup Utara.
  • Pada tahun 2007, beliau dilantik menjadi Pengarah I syarikat untuk memantau prestasi syarikat.

 

   Pengarah II

Nama                                  :         Hafizah Binti Abdul Aziz
Tarikh Lahir                       :         08 Ogos 1986
Pengalaman Berniaga    :         8 tahun

Pengalaman diri:

  • Tamat sekolah pada tahun 2003 di Balakong, Cheras.
  • Mengikuti perniagaan keluarga sejak tahun 1996.
  • Menjadi salah seorang tulang belakang ketika masa penubuhan restoran Ani Sup Utara pada 2003 di Shah Alam dengan membantu keluarga dari segi operasi restoran.
  • Dilantik menjadi pengarah syarikat pada 2005 sebagai pemantau operasi.
  • Dilantik sebagai Pengarah II pada 2007 berdasarkan pengalaman sebagai tulang belakang operasi syarikat sejak mula ditubuhkan.

         
    home   |   menu   |   profail korporat   |   cawangan   |   program francais   |   hubungi kami   |   peta laman   hubungi : +603-78425563